Cara Menjana Pendapatan Pasif Seperti Bermain Monopoli, Jutaria atau Saidina dengan Dividen Saham
Kewangan | |

Cara Menjana Pendapatan Pasif Seperti Bermain Monopoli, Jutaria atau Saidina dengan Dividen Saham

Faiz Rosli

Founder of Bull Candle

Pernah tak korang main Monopoly, Jutaria, atau Saidina waktu kecil? Kalau ya, mesti korang ingat betapa seronoknya beli hartanah, kumpul duit sewa, dan akhirnya menang permainan. Kadang-kadang, kita boleh sampai bergaduh nak berebut hartanah atau duit, kan? Tapi, bayangkan kalau korang boleh buat semua tu dalam dunia sebenar, dan mendapat wang atau duit sebenar dengan dividend saham

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara nak menjana pendapatan pasif melalui dividen ( dividend ) saham, dan bagaimana ia boleh rasa macam main board game yang korang selalu main – macam Monopoli, Monopoly, Jutaria, atau Saidina, cuma kali ini korang betul-betul buat duit dari pelaburan di Bursa Saham KLSE. Best kan?

Apa Itu Dividen Saham?

Dividen ( dividend ) saham adalah pembayaran keuntungan yang diberikan oleh syarikat kepada pemegang sahamnya. Bayangkan macam dapat pendapatan sewa dalam Monopoli. Setiap kali syarikat yang korang beli sahamnya untung, korang dapat duit dalam bentuk dividen. Ini adalah cara untuk menjana pendapatan pasif yang boleh jadi lebih stabil dan terjamin berbanding dengan hanya bergantung pada duit simpanan semata-mata.

Sama seperti dalam Monopoly atau Jutaria game, di mana kita mula beli hartanah dan kemudian dapat duit sewa, dalam dunia sebenar, dengan dividen (dividend) saham, korang boleh memperoleh duit secara konsisten tanpa perlu jual saham. Macam strategi dalam Saidina – semakin banyak dividen (dividend) saham yang korang beli, semakin banyak duit yang akan datang kepada korang.

Kenapa Dividen Saham Menarik?

Pendapatan Pasif yang Konsisten

Sama seperti dalam Monopoli atau Monopoly, bila korang beli hartanah, setiap kali ada orang lain yang lalu, korang dapat sewa. Begitu juga dengan dividen saham – setiap kali syarikat bayar dividen, korang dapat pendapatan pasif yang konsisten. Tak perlu nak risau siapa yang menang, sebab semua orang boleh dapat duit!

Stabil dan Terjamin

Syarikat yang bayar dividen adalah syarikat yang stabil, dan pelaburan dalam dividen (dividend) saham cenderung lebih selamat. Ini macam membeli hartanah premium dalam Monopoli atau Monopoly, yang memberi pulangan stabil dalam jangka masa panjang.

Harga Saham yang Mungkin Naik

Selain daripada dividen, harga saham juga boleh meningkat. Jadi, korang bukan sahaja dapat pendapatan pasif, malah saham korang pun boleh jadi lebih bernilai dari masa ke masa, memberikan lebih banyak duit.

Macam Mana Nak Mulakan?

1. Diversifikasi Portfolio Korang

Dalam permainan Monopoli atau Monopoly, untuk menang, korang kena beli pelbagai hartanah. Begitu juga dalam pelaburan dividen (dividend) saham – lebih banyak saham yang korang miliki, lebih tinggi peluang untuk menjana pendapatan pasif dan menjadi kaya. Diversifikasi portfolio korang untuk mengurangkan risiko dan meningkatkan peluang pulangan.

2. Pilih Saham yang Bayar Dividen Secara Konsisten

Pilih syarikat yang konsisten bayar dividen. Ini macam pilih hartanah premium dalam Monopoli atau Monopoly yang selalu beri pendapatan sewa tetap. Pilih saham yang stabil dan boleh dipercayai untuk terus bayar dividen walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

3. Saham dengan Dividen Bertumbuh

Cari saham yang dividen bertumbuh. Sama macam beli hartanah yang semakin bernilai dalam Monopoli atau Monopoly, saham yang dividen bertumbuh akan memberikan lebih banyak pulangan dari masa ke masa. Jadi, korang boleh buat duit lebih banyak lagi.

4. Melabur semula Dividen

Jangan biarkan dividen tu duduk je! labur semula dividen yang korang dapat untuk beli lebih banyak saham. Ini seperti bila korang tambah lebih banyak hartanah dalam Monopoli atau Monopoly untuk menjana lebih banyak duit dari masa ke masa.

Kenapa Dividend Saham Boleh Bantu Anda Menjadi Kaya?

Dividen (dividend) saham adalah strategi jangka panjang yang memberikan pendapatan pasif yang konsisten. Macam dalam Monopoli, Monopoly, atau Jutaria game, bila korang buat keputusan bijak dan beli lebih banyak hartanah, korang boleh menjana pendapatan lebih banyak dan seterusnya membina kekayaan.

1. Pendapatan Pasif yang Bertambah

Semakin banyak dividen saham yang korang miliki, semakin banyak duit yang korang akan dapat. Sama macam dalam Monopoli atau Monopoly, bila korang ada lebih banyak hartanah, pendapatan sewa akan bertambah.

2. Mengurangkan Risiko Dengan Diversifikasi

Macam dalam Monopoli atau Monopoly, lebih banyak hartanah yang korang beli, lebih banyak peluang untuk menang. Dalam pelaburan dividend saham, diversifikasi portfolio mengurangkan risiko dan meningkatkan peluang untuk mendapatkan pulangan yang stabil.

3. Keuntungan Dari Kenaikan Harga Saham

Selain dividen, harga saham juga boleh meningkat, memberi dua sumber keuntungan – dividen dan kenaikan harga saham. Sama macam hartanah dalam Monopoli atau Monopoly, yang semakin bernilai dari masa ke masa.

Kesimpulan

Pelaburan dalam dividen saham adalah salah satu cara terbaik untuk menjana pendapatan pasif. Sama macam dalam monopoly go, Monopoly, atau Jutaria game, dengan keputusan bijak dan strategi jangka panjang, korang boleh membangunkan kekayaan tanpa perlu risau bergaduh atau bertanding dengan orang lain. Jadi, kalau korang nak mulakan, ingat untuk pilih saham yang stabil, diversifikasikan portfolio, dan laburkan semula dividen yang korang terima.

Jadi, mari kita mulakan perjalanan pelaburan saham di KLSE dan rasai sendiri bagaimana pendapatan pasif boleh memberi duit dan membantu korang menjadi kaya. Jangan lupa untuk aktifkan strategi pelaburan Bursa Saham KLSE untuk lebih peluang keuntungan!

Sumber gambar : https://ar-pay.com/blog/en/gaming/mastering-monopoly-go/

Faiz Rosli

Merupakan penganalisis teknikal, pengasas bullcandle.com, dan juga seorang web developer, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Komputer, dengan pengalaman dalam pasaran kewangan sejak 2013, bermula dengan perdagangan mata wang, komoditi, dan cryptocurrency, dan kini aktif dalam pasaran saham AS, Hong Kong, dan Malaysia.

Artikel Terkini